Select Page

Infaq Disini!

Menyalurkan infaq / sedekah anda secara atas talian dengan cepat dan mudah!

Saluran Untuk Membuat Infaq Seperti Di Bawah:

ePay MAIWP

SnapNPay

Maksud Infaq Menurut Al-Jurjani

bererti membelanjakan harta kepada yang berhajat. Rujuk al-Ta’rifat (1/39).

Dalam Surah Al-Baqarah (2:3), Allah SWT berfirman:

 

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

 

Maksudnya: (Orang yang beriman itu adalah) orang-orang yang beriman dengan perkara yang ghaib, menunaikan solat dan mereka memberi infaq apa yang kami rezekikan kepada mereka.

Perkata ‘ينفقون’ dalam ayat ini, menurut pilihan Imam al-Tabari

Merujuk kepada pensyariatan zakat dan pemberian nafkah kepada ahli keluarga yang ditanggung.

Rujuk Jami’ al-Bayan (1/244). Justeru, sedeqah dan infaq itu ialah sinonim.

Wakaf bermaksud

Dari sudut bahasa membawa maksud menahan sesuatu.

Dari sudut istilah, ianya membawa maksud menahan harta yang boleh diambil darinya manfaat beserta mengekalkan ‘ain harta tersebut.

Ianya menghilangkan pemilikan dan pengurusan harta tersebut dari pewakaf dan harta tersebut akan digunakan pada jalan yang dibenarkan ataupun keuntungan darinya (harta wakaf tersebut) digunakan untuk jalan kebaikan.

Sumber:

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Tajuk : AL-KAFI #396 : BEZA MAKNA SEDEKAH, INFAQ DAN ZAKAT