Saluran Anda.

KAFFARAH

ialah perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakannya.

Kaffarah yang dibayar kepada MAIWP dimasukkan kedalam akaun khas amanah Kaffarah yang mana digunakan untuk membeli beras, barang bekalan makanan dan pakaian seterusnya diagihkan kepada fakir miskin di Wilayah Persekutuan.

JENIS-JENIS KAFFARAH

Kaffarah kerana membatalkan puasa bulan ramadhan dengan bersetubuh dan zihar.

1. Wajib memberi makan 60 orang fakir miskin sekiranya tidak mampu berpuasa 2 bulan berturut-turut.
2. Kadar kaffarah ialah : RM 10.00 x 60 orang = RM 600.

Kaffarah melanggar sumpah dan tidak menunaikan nazar.

1. Memberi makan sehingga kenyang 10 orang fakir miskin ( Kadar kaffarah ialah : RM 10.00 x 10 orang = RM 100 ); atau
2. Memberi pakaian kepada fakir miskin ( Kadar kaffarah ialah : RM 60.00 x 10 orang = RM 600 ).

Kaffarah persetubuhan isteri ketika haid.

1. Tidak diwajibkan membayar kaffarah. Walaubagaimanapun sekiranya pelaku ingin membayarnya sebagai langkah berjaga-jaga ialah dengan kadar satu (1) Dinar* atau ½ Dinar mengikut harga semasa.
2. Satu (1) Dinar bersamaan 4.25 g emas sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuhu karangan Dr. Wahbah Az-Zuhaili.

SEBAGAI CONTOH:

Sekiranya seseorang tidak mampu berpuasa 60 hari berturut-turut disebabkan sakit atau tua kerana membatalkan puasa bulan ramadhan dengan bersetubuh dan zihar hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin.

PROSEDUR MEMBAYAR KAFFARAH DI MAIWP

Perkiraan boleh dibuat di Unit Sumber Am Baitulmal dan bayaran kaffarah boleh dibuat secara:

Secara Dalam Talian

Pengguna boleh membayar menggunakan Sistem ePay.

Secara Tunai

Pengguna boleh membayar secara tunas di Kaunter Baitulmal MAIWP.

Melalui Cek/Pos

Pengguna boleh membayar menggunakan cek ataupun pos berdaftar di atas nama MAIWP.

Kalkulator Kiraan Kaffarah

* Kiraan ini adalah kiraan asas. Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila berurusan di kaunter berdekatan untuk kiraan yang lebih tepat.

Kiraan Kaffarah

© 2020 Portal e-Baitulmal | Disediakan oleh Bahagian Teknologi Maklumat | MAIWP | November 24, 2020 8:11 AM